Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)




Selamat Hari Raya, semua muslimin dan muslimah. Kebanyakan orang telah bertahan puasa selama sebulan. Tahniah!


Maaf Zahir dan Batin. Harap kamu semua memaafkanku untuk sebarang kesalahanku.


Selain dari itu, terima kasih kerana berkawan bersamaku. Aku seronok bermain dan berbual-bual bersama kamu semua. Saya harap kami masih berkawan semasa sekolah menengah supaya kami masih boleh jalan raya bersama-sama.

Sekali lagi, saya mengucapakan SELAMAT HARI RAYA. Harap kamu semua berasa gembira dan seronok.

Selamat Hari Guru =D



Saya mengucap semua guru yang terhormat SELAMAT HARI GURU. Terima kasih untuk segala pertolongan kamu. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai guru seperti kamu. Saya berasa amat terhutang budi kepada kamu yang bekerja keras untuk mengajar murid-murid kamu. Saya minta maaf untuk semua kesalahan saya. Saya tahu hari ini adalah salah satu hari yang paling penting untuk guru-guru. Sekali lagi, terima kasih untuk segala usaha kamu. Kerana kamu berada di sisi saya, saya pasti saya dapat berjaya.

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan Saya Untuk Peperiksaan Lisan

Untuk peperiksaan lisan, saya telah berlatih membaca sebuah petikan dan menerangkan tentang gambar-gambar. Saya juga memikirkan tentang soalan-soalan yang mungkin akan ditanya guru. Saya juga mencuba menenangkan fikiran saya dan tidak berasa terlalu panik. Saya harus cuba berbual dalam suara yang lebih kuat supaya dapat didengar.


Saya harap ini dapat menolong saya pada hari peperiksaan lisan yang dinantikan. Harap-harap saya mendapat markah yang tinggi supaya dapat membantu saya dalam markah penuh saya untuk PSLE yang menjelang.


Saya boleh berlatih bersama kawan-kawan saya dan memikirkan mereka sebagai guru yang tidak dikenali. Mereka juga boleh menunjuk ajar kepada saya kerana mereka lebih mahir dalam bahasa daripada saya. Saya harap dapat menjadi cerdik seperti mereka jika saya bekerja keras.


Guru saya juga telah banyak membantu saya. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai ramai orang untuk menolong saya mendapatkan markah yang tinggi. Jika saya mendapat markah yang cukup tinggi, saya boleh memasuki sekolah yang bagus.


Saya juga mengharapkan semua rakan-rakan saya juga mendapat markah yang tinggi.

Selasa, 19 Julai 2011

Faedah-faedah Blogging



Blogging dapat memberitahu orang lain tentang apa yang saya sedang memikirkan. Saya juga dapat mengurangkan kegunaan dakwat(pena), pensel dan pemadam. Saya juga boleh meletakkan gambar ke dalam blog saya supaya lebih senang untuk difahami.


Tangan saya pula tidak akan berasa penat kerana menulis terlalu banyak atau lama. Saya tidak usah membuang masa memadamkan apa yang ditulis jika saya salah menulis.


Orang yang meninggal di negara lain juga boleh membaca apa yang ditulis saya. Saya berasa lapang dada jika saya menulis tentang masalah saya. Jikalau saya tidak boleh memberitahu keluarga atau rakan-rakan saya, saya masih boleh menulis di dalam sini. Mungkin jika saya tidak berasa selesa mendepan dan memberitahu mereka, saya boleh menyuruh mereka untuk membaca blog saya. Ini mungkin lebih senang bagi merka untuk memahami saya kerana jika saya memberitahu mereka sambil mendepan mereka, mungkin saya akan banyak tersasul.


Untuk saya, inilah faedah blogging. Saya tahu ramai orang berpendapat kelainan kerana mereka mempunyai sebad tersendiri. Saya sangat suka blogging ini! :->

Rabu, 6 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung (Hansel Dan Gretel)

"Wah, kelihatan sungguh sedap rumah ini! Saya memang suka buku Hansel dan Gretel ini. Saya juga mahu keluar rumah macam mereka, tetapi bukan kerana dihalau ibu bapa," kata Mawar.



Aqil terdengarnya dan bersetuju bersamanya. Dia tidak mahu terkurung di dalam rumah ini lagi. Mereka tidak tahu pun apa yang tejadi di tempat lain. Dia mengajak Mawar keluar dan berjanji yang mereka akan pulang pada pukul 7 malam sebelum ibu bapa mereka pulang ke rumah. Mata Mawar bersinar-sinar. Dia terus bersiap sedia dan membawa roti supaya boleh pulang kembali tanpa hilang.



Dalam perjalanan mereka, Mawar akan mengoyakkan sedikit roti dan meletaknya ke bawah. Tiba-tiba, mereka terdengar sesuatu bunyi dan apabila mereka menoleh ke arah datang bunyi itu, seekor serigala yang liar melompat keluar dari dahan pokok dan jatuh ke tanah. Mawar terperanjat dan berasa sangat takut lalu memekik. Dia berlari ke belakang. Serigala itu mengejarnya dengan pantas. Kakinya tidak boleh berhenti menggeletar dan akhirnya tersembam. Aqil yang tidak dihiraukan oleh serigala itu tidak tahu samada dia harus menolong Mawar dan melibatkannya sendiri atau melarikan diri.



Alangkah terperanjatnya apabila dia melihat serigala itu melanggar Mawar dan tersandung. Ia tergolek dan apabila berhenti, ia berdiri kembali, mengelekkan kepalanya dan terus melarikan diri. Aqil bergegas ke adiknya dan melihatnya sedang menggigil sambil menangis. Aqil berasa kasihan untuknya dan menenangkannya. Dia juga meminta maaf kerana dia yang bersalah untuk membawanya keluar walaupun ibu bapa mereka sudah melarang mereka berdua keluar.



Mawar hanya membisu buat sementara dan mula bersuara. "Tidak apa. Saya yang mahu keluar juga. Mari kita menyambung perjalanan kita," Dia sudah bertenang dan senyumannya manis. Aqil hanya senyum dengan lemah.


Mereka bersambung berjalan sambil berbual-bual. Setelah beberapa minit berlalu, mereka terjumpa sebuah rumah yang berwarna-warni. Rumah itu serupa dengan rumah di dalam buku 'Hansel Dan Gretel'. Mawar terus berlari ke arah rumah itu dan menggosokkan jarinya kepada tembok rumah itu. Dia menjilat jarinya dan tiba-tiba, "Pthoo!" Aqil memecahkan sebahagian kecil rumah itu dan memakannya. Ia rasa seperti sayur!


Rupa-rupanya, rumah itu diperbuat sayur. Tanpa disedari mereka, pintu rumah sayuran itu membuka dengan perlahan. Wajah wanita yang tua keluar dari ruang pintu itu. Dia ternampak Aqil dan Mawar lalu mengajak mereka masuk. Mereka bimbang kerana mungkin wanita itu seorang jahat tetapi senyumannya kelihatan sungguh ikhlas dan manis macam madu. Akhirnya , mereka mengikut wanita itu masuk.


Wanita itu mengatakan bahawa dia jarang mempunyai tetamu jadi dia sering berasa keseorangan. Budak-budak itu mengasihaninya. Aqil, kerana ingin tahu, menanyanya mengapa di membuat rumah daripada makanan dan mengapa sayuran. Wanita tua itu tersenyum dan menjawab bahawa dia pernah membaca buku cerita 'Hansel Dan Gretel'. Dia juga suka buku cerita itu dan mahu mempunyai rumah seperti itu juga. Dia menggunakan sayuran kerana dia suka memakan sayur dan sayuran bagus untuknya.


Tiba-tiba, bunyi jam rumah itu membunyi menunjukkan pukul 7 malam. Mereka terus melambai tangan mereka kepada wanita tua itu dan berlari. Mawar tersedar yang dia telah terlupa untuk menyanbung meletakkan roti setelah kejadian serigala.


Apabila mereka sedang panik, mereka terdengar bunyi burung. Mungkin burung-burung itu sedang memakan roti yang dijatuhkan! Mereka megikut arah bunyi burung-burung itu dan akhirnya jumpa tempat itu. Burung-burung itu terus berterbang ke atas apabila ternampak mereka. Nasib mereka baik kerana masih terdapat jejakan roti itu. Mereka mengikut roti-roti itu dan akhirnya sampai ke rumah. Ibu bapanya masih belum balik. Mereka bernasib baik tetapi mereka tidak tahu jika mereka dapat menziarahi rumah wanita tua itu lagi. Sekurang-kurangnya, mereka telah mengetahui lebih tentang apa yang di luar rumah mereka.

Selasa, 5 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Suzanna adalah seorang budak perempuan yang tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lalu. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Mak cik dan pak ciknya sedang menjaganya. Suzanna seorang yang agak pendiam tetapi dia mempunyai beberapa kawan baik dari sekolah. Suzanna tidak banyak menonton televisyen atau membaca surat khabar. Dia menggunakan komputer hanya untuk bermain. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya. Apabila rakan-rakannya berbual tentang berita-berita dalam suratkhabar dan televisyen, Suzanna tidak akan menghiraukannya.


Hari-hari yang dilalui oleh Suzanna berjalan seperti biasa - bangun pagi, pergi sekolah, belajar, berbual-bual bersama kawan, balik, mandi, makan, membuat kerja rumah, belajar, tidur. Ini telah dihancurkan apabila Suzanna terjumpa seorang wanita yang lebih kurang 20 tahun.



Kejadian itu bermula apabila Suzanna hendak membeli baju baharu kerana banyak bajunya sudah terlalu kecil untuknya. Dia melihat-lihat baju-baju yang berada di dalam kedai itu dan ternampak sehelai baju yang dia suka. Baju itu sangat selesa dan lembut. Saiznya juga tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Baju itu biru seperti langit, iaitu warna kegemarannya.


Suzanna melihat harga baju itu. Baju itu berharga $24.95. Suzanna ingat bahawa dia telah mengumpul wangnya dalam beberapa minggu yang lepas. Dia mengeluarkan dompetnya dari saku seluarnya dan mengeluarkan wang yang berada di dalam. Alangkah terperanjatnya apabila dia hanya mempunyai $3.20. Dia terus teringat bahawa dua hari yang lalu, dia telah memberi hampir semua duitnya kepada mak ciknya untuk disimpan ke dalam bank. Fikirannya terganggu dan dia tidak tahu apa yang dia harus melakukan. Jika dia membeli bajunya pada hari itu, dia tidak akan mempunyai masa untuk membeli lagi kerana sekarang, dia semakin banyak kelas tambahan dan harus belajar lebih untuk PSLEnya.



Nasibnya 'baik' kerana seorang wanita yang berkaca mata hitam dan berambut pendek ternampaknya menggigit kukunya dan ketawa kecil. Wanita tersebut pun menuju ke arahnya dan menanya jika dia memerlukan pertolongan dengan wang. Suzanna, dalam keadaan panik dan tidak berfikir dengan betul, terus memberitahunya masalahnya dalam satu nafas. Wanita itu memberinya $25 untuk membayar.


"Saya tidak boleh menerima wang itu. Saya tidak kenal kamu pun!" Suzanna bersuara apabila dia sudah bertenang. Tiba-tiba, dia tersandung kaki sendiri. Baju yang dipegangnya itu jatuh ke atasnya. Dia kelihatan seperti sedang memakai baju itu.



"Baju itu memang sesuai untuk kamu, seperti ia dibuat untuk kamu. Sia-sia jika kamu tidak membelinya." Senyumannya manis dan kelihatan ikhlas. Dia terus mengambil baju itu darinya dan membayar di kaunter. "Esok kamu boleh jumpa saya di luar kedai ini dan membayar saya kembali dan saya akan memberi kamu baju ini. Boleh?" Saya masih kehairanan. Perbuatan wanita itu sangat mencurigakan. Mengapa dia sanggup membayar untuk saya?


Pada keesokan hari, mak cik Suzanna memberinya kembali wang yang sepatutnya disimpan ke dalam bank. Nasib baik duit itu belum dimasukkan ke dalam bank. Suzanna bergegas ke tempat perjanjian itu dan melihatnya sedang menunggu. Dia memberi wanita itu wang sebanyak $24.95 dan wanita itu pula memberinya sebuah beg. Dia berkata bahawa Suzanna boleh membawa pulang beg itu. Wanita itu melihat jam tangannya dan berkata bahawa dia sudah lambat untuk temu janjinya. Suzanna mengucapkannya terima kasih dan berjalan pulang. Di rumah, dia membuka beg itu dan hanya ternampak beberapa helai kain buruk. Baju baharunya tidak ada di dalam langsung. Dia memberitahu mak cik dan pak ciknya tentang kejadian itu dengan cakapan pantas sehingga dia terpaksa berulang sekali lagi. Mak cik dan pak ciknya memberitahunya tentang berita semalam tentang wanita itu. Mereka menegurnya supaya sering membaca akhbar untuk meningkatkan ilmunya. Suzanna hanya boleh menganggukkan kepalanya.


Apabila dia memberitahu rakan-rakannya di sekolah tentang kejadian itu, mereka selalu memberitahunya tentang berita yang telah merka baca dan Suzanna akan mendengar dengan teliti supaya tidak kehilangan.

Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Sekolah Bulan Jun Saya Di Kolam Renang

Pada hari Jumaat, 23 Jun, saya, kakak saya, sepupu-sepupu saya, mak cik dan pakcik saya pergi ke kolam renang. Adik saya tidak dapat mengikut kerana dia mengikut ayahnya ke Malaysia. Mak cik dan pak cik saya menjemput saya dan kakak saya untuk mengikut mereka. Mak cik saya menelefon ibu saya untuk mendapatkan izinnya. Apabila diberi izin, dia menyuruh kami untuk menyediakan barang-barang yang perlu dibawa dengan segera. Kami keluar rumah kira-kira pada jam 10.30 pagi. Perjalanan ke situ sangat lama dan kami tidak sabar untuk sampai ke situ. Apabila akhirnya skami sampai, kami semua terus meletak barang-barang kami di sebuah meja. Tiada sesiapa berada di situ selain kami. Saya dan sepupu saya yang sama umur dengan saya menukar baju kami. Selepas itu, kami mandi dahulu sebelum memasuki ke dalam kolam renang tersebut. Sepupu-sepupu saya yang berumur 9 tahun dan 4 tahun terus masuk tanpa bermandi dahulu. Mak cik saya menyuruh mereka mandi dan tidak kisah yang mereka sudah masuk ke dalam. Setelah berenang dalam kira-kira satu setengah jam, kami pergi ke Geylang untuk memakan dan melihat barang-barang yang dijual. Di situ juga terdapat 2 taman permainan. Pada kira-kira jam 2.30petang, kami pergi ke rumah saya. Di rumah saya, kami bermain permainan papan dan menonton cerita. Mereka pulang pada jam 7malam. Saya berasa seronok kerana dapat bermain bersama mereka.

Cuti Sekolah Saya Di Sentosa

Pada hari Selasa, 21 Jun, saya, ibu, adik, dan kedua-dua kakak saya pergi ke Sentosa. Kami mahu menempah sebuah chalet tetapi tidak boleh kerana semua telah ditempah. Di situ, kami bermain berbagai-bagai permainan seperti 'Jurassic Park Rapids Adventure' , 'Revenge Of The Mummy'(roller coaster), 'Shrek 4D Adventure'(wayang), 'Magic Potion Spin'(ferris wheel), 'Madagascar: A Crate Adventure', 'Battlestar Galactica: CYLON'(roller coaster) dan 'Battlestar Galactica: HUMAN'(roller coaster). Kami juga melihat barang-barang yang dijual di situ dan membeli makanan. Banyak gambar telah diambil. Saya berasa seronok dan untung kerana berpeluang pergi ke situ. Setelah kami pulang, kami berasa sangat letih kerana tempat itu sangat jauh dari rumah kami tetapi kami juga berasa gembira.

Selasa, 17 Mei 2011

Pengalaman saya ketika Hari Raya

Pada Hari Raya tahun lepas, saya dan beberapa rakan karib saya menziarahi rumah-rumah satu sama lain dan juga kawan-kawan kami yang lain. Saya berasa seronok kerana saya rasa semua kawan-kawan saya sungguh cantik dan unik dalam cara tersendiri.


Sebelum hari kami berjalan-jalan, kami banyak menghantar mesej kepada satu sama lain untuk membincang. Semakin hari itu berdekatan, semakin ghairah saya berasa.

Rumah-rumah yang telah kami lawati bermula dari pertama ke terakhir adalah: Zulaika, Sarah, Anisah, Sabrina, Athirah, Atiqah dan saya. Zulaika tidak mengikut kami kerana tidak mahu.


Rumah Zulaika sangat besar dan canggih. Di bawah mejanya terdapat banyak kerang yang betul. Menurutnya, dia dan keluarganya telah mengutip kerang-kerang tersebut ketika mereka pergi ke tepi pantai. Saya amat mengaguminya kerana hubungannya bersama keluarganya sangat erat.


Rumah Sarah pula sungguh besar dan mewah. Kami menonton televisyen dan berbual-bual. Kuih-muihnya juga sangat enak.


Di rumah Anisah, terdapat adiknya yang sungguh comel. Masakan ibunya amat lazat dimakan. Selepas memakan, Sabrina mahu meminjam laptopnya untuk membuat blognya kerana dia tiada komputer di rumahnya untuk menyelesaikan kerjanya.


Rumah Sabrina terdapat ibunya dan adik-adiknya. Ibunya berbual-bual kecil bersama kami untuk berkenalan. Dia seorang yang peramah.


Ibu Athirah terus mengenal Sarah melalui ibunya. Dia memuji-muji ibunya dan menanya Sarah beberapa soalan. Kami memakan nasi di situ.


Rumah Atiqah juga sangat besar dan mewah. Dia mempunyai sebuah piano untuk kelasnya. Kami mencuba bermain dan memujuknya untuk bermainkan sebuah lagu. Dia dapat bermain dengan sempurna sekali. Saya hairan bagaimana Atiqah boleh belajar untuk peperiksaan dan juga belajar bermain piano. Saya berasa amat kagum. Di rumahnya hanya mempunyai abangnya dan pembantu rumahnya tetapi setelah memakan, bapanya pulang. Kami pergi ke arahnya untuk bersalam.


Selepas itu, Sarah harus pulang ke rumahnya kerana telah menjanji ibunya untuk pulang pada waktu itu.


Kami pergi ke rumah saya dengan menaiki bas. Kami berbual-bual dan akhirnya mengambil gambar seperti di rumah-rumah yang telah kami ziarahi. Selepas itu, mereka pulang dengan menaiki bas. Saya berasa sungguh letih tetapi hari itu sangat seronok dan tidak boleh dilupakan. Saya menulis apa ysng telah terjadi pada hari itu ke dalam diari saya.

Selasa, 26 April 2011

Pengalaman saya di luar negara

Pengalaman saya apabila di luar negara adalah apabila saya pergi ke Brunei tahun lepas bersama 19 rakan-rakan saya. Saya pergi ke situ untuk belajar lebih tentang budaya orang Melayu di situ dan fakta-fakta tentang mereka.Kami tinggal di sebuah hotel yang sangat cantik. Di Brunei, kami menziarahi banyak tempat seperti: kilang sago, restoran dan Sekolah Rendah Junjungan.

Murid-murid di dalam sekolah itu amat peramah. Saya dapat membuat dua rakan dari situ. Mereka fikir saya adalah orang Cina dan asyik berbual dengan saya dalam bahasa Inggeris. Di dalam sekolah itu, mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan yang sungguh lazat.

Di kilang sago pula, mereka mengajar kami bagaimana membuat ambuyat - makanan tradisional orang-orang Brunei. Kami diberi peluang untuk mencuba merasanya. Kami juga boleh membeli makanan-makanan yang berada di situ. Makanan-makanan tersebut sangat sedap.

Kami pergi ke restoran untuk makan malam. Makanan di situ sungguh unik dan sedap. Pandangan di luar restoran itu amat menakjubkan.

Saya berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk pergi ke situ tetapi jika saya mendapat peluang untuk pergi ke Negara lain, saya akan memilih untuk pergi ke Europe. Kakak saya yang berumur 22 tahun, pernah pergi ke situ. Gambar-gambar yang dia telah mengambil sangat menyemburukan. Cenderahatinya untuk saya sangat cantik. Saya mahu pergi ke situ dan melihatnya sendiri apabila saya sudah besar dan mempunyai cukup wang. Saya juga akan membawa keluarga saya. Kakak saya tidak dapat membawa kami kerana saya, kakak saya yang kedua dan adik saya harus pergi ke sekolah.

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu

Semasa cuti sekolah, saya pergi ke kolam renang bersama ibu, kakak dan adik saya. Kami bermain di kolam renang anak remaja. Ibu saya hanya duduk di tepi kolam renang tersebut. Selepas sejam bermain di situ, kami pergi ke McDonalds dan memakan di situ. Hari itu sungguh menyeronokkan kerana saya dapat menhabiskan masa saya bersama keluarga saya. Walaupun begitu, saya sebenarnya mahu pergi 'ice skating'. Kali terakhir saya pergi ke sana bersama keluarga saya, saya berasa sungguh seronok. Kami pergi ke situ kerana hari itu hari jadi saya dan kami mahu meraihkannya. Saya mahu mencuba meluncur lagi. Saya rasa cuti sekolah sangat mencukupi. Jika terlalu lama, kami akan mungkin terlupa apa yang kami telah pelajari. Jika terlalu singkat pula, kami tidak mempunyai cukup masa untuk bersama keluarga kami. Sekiranya saya Menteri Pendidikan, saya akan memberi secukup masa murid-murid berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga mereka.

Selasa, 15 Februari 2011

Minat Saya(2)

Minat saya yang kedua adalah untuk membaca buku lucu, sedih, misteri dan seram. Jika saya tidak dapat selesaikan pembacaan saya, saya akan membayangkan sisa cerita tersebut dengan sendiri kerana saya akan berasa tegang. Selalunya, saya tidak suka membuat karangan tetapi imaginasi saya adalah inspirasi dari buku-buku ini tetapi semua buku ini adalah buku bahasa Inggeris. Jika nsaya ada idea bagaimana mahu tulis, saya akan berasa ghairah untuk menulisnya. Membaca juga adalah sesuatu yang berfaedah seperti memperbaikikan bahasa seseorang, mendapat tahu tentang perkataan-perkataan yang bagus untuk karangan saya dan lain-lain lagi. Mungkin jika saya banyak membaca buku bahasa Melayu, saya akan cemerlang dalam bahasa ini. Jika membaca buku bahasa Inggeris dapat meningkatkan bahasa Inggeris saya, ada kemungkinan besar ini juga sama dalam bahasa Melayu tetapi di rumah saya, tiada buku cerita bahasa Melayu.

Minat saya(1)

Saya berminat berbual-bual dengan rakan-rakan saya kerana kami boleh berkongsi apa yang telah terjadi di kelas kami. Kami juga berbual-bual tentang masalah kami. Kadang-kala, kami hanya menelefon kerana kami berasa bosan. Kami juga saling menyoal soalan tentang kerja rumah kami jika kami tidak faham. Kami tidak memberitahu jawapan tetapi kami mencuba menjelaskannya. Jika saya tidak boleh menggunakan telefon rumah, saya hanya menghantar mesej kepadanya. Selalunya, apabila kami hanya mahu menyoal tentang sesuatu, perbualan kami akan menjadi sesuatu yang berbeza.

Sabtu, 12 Februari 2011

Tahun Baru Cina

Saya meraikan Tahun Baru Cina dengan keluarga saya. Kami menziarahi kakak dan abang mertua cina saya dan keluarganya. Perjalanan kami ke rumahnya mengambil banyak masa walaupun kami menaiki teksi. Kakak dan abang mertua saya menunggu untuk kami di bawah blok mereka dan membawa kami ke atas. Kami sudah menyiapkan dua buah limau kerana menurut tradisi Cina, kami harus bertukaran limau untuk berkongsi kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk keluarga dan rakan-rakan. Saya mengagumi mereka kerana mereka tinggal di tingkat yang paling atas sekali. Pemandangan dari tingkap di rumah mereka sungguh menakjubkan. Di situ, kami menonton televisyen sambil berbual-bual dan minum air. Mereka telah menempah makanan KFC untuk kami pada hari itu. Kami memakan bersama-sama sambil bercanda dan ketawa. Sebelum kami pulang, mereka memberi saya, adik saya, kakak saya dan abang saya paket merah. Kami menerimanya dengan mengucapkan terima kasih. Inilah kali pertama saya meraikan Tahun Baru Cina kerana selalunya keluarga saya sibuk dengan kerja mereka.

Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baharu 2011



Saya berasa takut untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Saya rasa saya tidak cukup bersedia untuk peperiksaan tersebut. Saya telah menyingkatkan masa untuk menggunakan komputer supaya ada cukup masa untuk belajar dan juga membuat kerja rumah. Kadang-kala, saya menelefon kawan saya jika tidak faham sebarang soalan. Kawan-kawan saya juga begitu. Saya harap apabila peperiksaan, saya tidak akan panik sehingga melupakan bagaimana mahu menjawab soalan-soalan tersebut. Saya akan rehat pada hari sebelum peperiksaan tersebut supaya tidak panik atau bingung. Saya akan mencuba dengan sedaya-upaya saya supaya ibu bapa dan guru-guru saya tidak akan kecewa dengan saya dan malu untuk memberitahu orang lain tentang markah saya. Saya tidak akan membuang usaha guru-guru saya untuk membantu saya. Saya harus berasa yakin dengan diri saya. Semoga saya dan juga rakan-rakan saya mendapatkan markah yang tinggi untuk peperiksaan tersebut.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri saya

Nama saya Dayana. Umur saya masih sebelas tahun. Tarikh hari jadi saya adalah pada 2 Sepetember 1999. Saya ada lima adik-beradik iaitu dua orang abang, dua orang kakak dan seorang adik. Saya suka bermain bersama sepupu dan rakan-rakan saya. Saya juga suka berbual-bual bersama rakan-rakan saya di telefon. Saya tidak pandai melukis.
Pada tahun ini, saya akan mengambil peperiksaan PSLE dan saya berasa amat takut. Saya berasa bahawa saya harus bekerja lebih keras pada tahun ini. Agregat yang saya ingin capai buntuk peperiksaan PSLE untuk semua subjek adalah:
Bahasa Inggeris: A
Subjek Matematiks: A
Bahasa Melayu: A
Subjek Sains: B
Bahasa Melayu Lanjutan: Merit
Saya hendak mendapat lebih markah untuk Karangan-karangan saya. Saya mahu mendapat lebih markah dari kakak saya.Saya akan bekerja keras dan dengar kata-kata guru-guru saya untuk mencapai agregat saya. Saya mahu pergi ke sekolah yang bagus.