Khamis, 28 Oktober 2010

Pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan Saya

Saya berasa gembira kerana telah dipilih untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan ketika saya berada di dalam darjah 4. Saya menyertai kelas Bahasa Melayu Lanjutan juga kerana saya mahu meningkatkan bahasa Melayu saya. Dengan mempelajari Bahasa Melayu Lanjutan, saya dapat lebih masa untuk belajar bahasa Melayu untuk meningkatkan bahasa Melayu saya. Di kelas ini, saya mempelajari lebih banyak perkara. Saya harap pilihan saya untuk menyertai kelas Bahasa Melayu Lanjutan itu baik untuk diri saya. Saya juga mahu membuat peperiksaan bahasa Melayu Lanjutan saya dengan baik supaya mendapat tambahan dua markah untuk peperiksaan PSLE saya.

Rabu, 27 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya membuat persiapan untuk peperiksaan dengan menutup jawapan yang betul dan mencuba sekali lagi untuk soalan yang saya tidak faham.Jika jawapan saya salah,saya akan mencuba lagi sehingga saya sudah faham dan jawapan saya betul.Untuk membuat karangan saya lebih bagus, saya membaca buku untuk mendapat idea dan juga perkataan-perkataan yang baharu.Walaupun telah melakukan semua itu, saya masih tidak konfiden kerana saya tidak tahu jika apa saya telah lakukan itu betul dan boleh meningkatkan markah saya.

Khamis, 14 Oktober 2010

Nasihat untuk Ayub

Kamu boleh mencuba membuat kerja mata pelajaran Matematiks seronok supaya kamu boleh menyukai mata pelajaran dan mungkin kamu boleh menjadi bagus dalam mata pelajaran tersebut. Fikir dengan positif dan jangan senang putus asa. Kamu boleh pergi ke perpustakaan untuk belajar kerana di situ tidak bising dan kamu boleh menumpukan perhatian kamu dalam mata pelajaran tersebut.

Salam,
Dayana

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah seperti mutiara
yang membasahi bumi bergemarlapan
benarkan, hujan?
Ada yang berkata
engkau turun seperti air mata
membawa kesengsaraan dalam kehidupan
kenapa begitu, hujan?
Aku ingin memberitahu betapa pentingnya engkau kepada manusia
apatah daya aku insan yang tiada kuasa
aku hanya peminatmu yang setia
engkaulah yang menghibur hatiku tatkala deraian air jatuh ke bumi
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Saya akan berasa takut untuk keluar dari rumah saya sewaktu saya mengalami kejadian hujan air batu kerana jika saya keluar dari rumah saya, kemungkinan besar sebuah batu yang besar seperti bola golf akan terkena saya dan saya akan cedera. Lebih-lebih lagi kepala saya. Saya juga akan berasa murung kerana saya tidak boleh bermain di luar. Saya harap hujan air batu seperti ini tidak akan terjadi lagi.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian 2010 saya

Saya telah tercapai 75 markah untuk peperiksaan Matematiks saya.Markah subjek Matematiks saya telah meningkat.Saya tidak mendapat markah yang terbaik tetapi peningkatan markah daripada peperiksaan CA1 saya dan peperiksaan SA1 saya paling tinggi.Saya adalah salah satu murid yang mendapat A untuk peperiksaan subjek Matematiks tetapi saya mahu mendapat lebih tinggi.Bahasa Inggeris saya pula 76 markah.Saya yakin bahawa saya boleh mendapat markah yang lebih tinggi dan membuat keluargaku bangga denganku.Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor apabila sudah dewasa kelak supaya dapat membahagiakan keluargaku kerana itu adalah harapan ibu bapaku.Saya harap bahawa saya akan memasuki kelas yang bagus tahun hadapan supaya saya akan lebih bijak dan berjaya dalam PSLE saya tahun hadapan dan memasuki sekolah menengah yang baik.

Khamis, 29 Julai 2010

Bahasa Melayu Lanjutan

Bahasa Melayu Lanjutan ini boleh membantu kita lebih meningkatkan bahasa Melayu kita supaya bahasa Melayu kita dapat semakin bagus.Bahasa Melayu Lanjutan ini hanya untuk murid-murid yang mendapat markah tinggi apabila dalam darjah empat.Bahasa Melayu Lanjutan ini akan bermula apabila kita sudah darjah lima.Beberapa markah murid telah menurun kerana Bahasa Melayu Lanjutan ini lebih susah daripada bahasa Melayu biasa supaya murid-murid yang telah mendapat markah yang tinggi untukdarjah empat lebih maju dan lebih bijak daripada murid-murid lain tetapi murid-murid Bahasa Melayu Lanjutan tidak patut berlagak kerana jika kita berlagak dan menjadi terlalu percaya diri,bahasa Melayu kita boleh menjadi semakin teruk.Kita tidak boleh berlagak walaupun bahasa Melayu kita lebih bagus daripada orang lain kerana ada lebih ramai orang yang lebih maju dalam bahasa Melayu di dalam dunia ini.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah sungguh bermakna.Kita dapat pelajari banyak perkara-perkara seperti peribahasa,kata ganda dan banyak lagi.Kita juga boleh belajar dari kesalahan kita dan memperbaikinya.Ini boleh membuat bahasa Melayu kita lebih baik.

Aktiviti "Bawa & Berborak"

Aktiviti "Bawa & Berborak" boleh membantu karangan kita dan meningkatkan bahasa melayu kita dengan memperbaiki penulisan kita.Kita harus membawa sesuatu benda dan menceritakan tentangnya kepada murid-murid yang lain.Aktiviti ini diadakan supaya pembaca karangan kita boleh membayangkan perkara atau benda yang telah kita menerangkan.Ini bermaksud keterangan perkara atau benda itu jelas.

Perkhemahan Bahasa

Aktiviti-aktiviti Perkhemahan Bahasa dapat membantu kita untuk mengenali
permainan-permainan tradisonal dan juga menolong kita pelajari kosa kata baharu.Contoh-contoh permainan-permainan tradisional tersebut adalah tarik guli,pusing-pusing tepung,permainan 'zero point',sidang membuat wau,permainan capteh dan permainan tayar basikal.Ia adalah penting untuk mengetahui permainan-permainan tradisional kerana ia berkaitan dengan peningkatan bahasa Melayu kita.

Bengkel Penulisan Kreatif

Saya telah pelajari bahawa kita harus menggunakan kelima-lima deria untuk membuat sebuah karangan yang bagus.Selain itu,saya juga telah pelajari apa kelima-lima deria tersebut dan perkataan-perkataan yang boleh digunakan.Banyak yang telah saya pelajari di Bengkel Penulisan Kreatif yang dapat meningkatkan bahasa Melayu saya.

Pertandingan Blogging

Kita boleh mempertingkatkan bahasa Melayu kita dalam Pertandingan Blogging ini dengan memikir dan menulis dalam bahasa Melayu supaya orang yang membacanya akan faham .Dengan membuat ini,kami akan membiasakan diri dalam bahasa Melayu dan dapat berbual-bual dalam bahasa Melayu dengan lebih fasih dan lancar dan ini boleh mempertingkatkan bahasa Melayu kita.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam boleh meningkat bahasa Melayu kita dengan percakapan dan sebutan orang-orang di Brunei Darussalam.Brunei Darussalam adalah negara bahasa melayu.Jadi kami boleh meningkatkan bahasa Melayu kita dengan mendengar perbualan mereka supaya boleh belajar bahasa Melayu dengan lebih lancar.Di situ,kami juga pelajari tingkah laku orang-orang di Brunei Darussalam.Bahasa Melayu di Singapura lebih senang kerana kami tidak ada bahasa daerah.Tidak banyak orang di Singapura tahu berbual dalam bahasa Jawa.Kebanyakan orang-orang di Brunei Darussalam dapat berbual dalam bahasa Arab tetapi tidak banyak orang di Singapura boleh.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Pelajaran yang telah saya pelajari tentang Hari Keharmonian Kaum adalah bahawa orang cina menyambut tiga perayaan iaitu peraian Tahun Baru Lunar,Festival Perahu Naga dan Festival Pertengahan Musim Gugur.Mereka menerima paket merah yang mengandungi duit apabila menyambut Tahun Baru Lunar.Orang India yang beragama Hindu pula menyambut Deepavali. Mereka tidak boleh makan danging lembu.Beberapa orang India beragama muslim,kristian dan banyak lagi.Orang Kristian pula menyambut perayaan Krismas dan Festival Telur Easter.Mereka mendapat hadiah krismas pada hari Krismas di bawah pokok Krismas dan telur easter pada Festival Easter.Hari Keharmonian Kaum adalah sempena menunjukkan kedamaian di antara satu kaum terhadap kaum yang lain.Ia adalah jalinan kemesraan dan saling hormat-menghormati tidak kira kaum atau bangsa.

Ahad, 18 Julai 2010

Aktiviti piramida

Saya melihat bagaimana kawan-kawan saya yang dipilih untuk memasuki peraduan piramida.Aktiviti itu kelihatan seronok.Ada perkataan yang senang tetapi orang lain tidak tahu dan membazirkan markah mereka.Saya berasa gembira kerana kelas saya telah mendapat pertama dalam aktiviti tersebut tetapi aktiviti ini bukan untuk memenangnya.Ia adalah untuk belajar bagaimana hendak menyatakan tentang perkataan itu tanpa menyatakan perkataan itu.
Ia juga hanya untuk berseronok sahaja.

Ahad, 11 Julai 2010

Peraduan Menyanyi

Saya pernah dipilih untuk memasuki peraduan menyanyi. Saya berasa sangat gembira tetapi segan kerana telah dipilih.Saya tidak sabar untuk hari peraduan itu sampai.Tetapi apabila hari yang sudah lama saya menunggu datang,saya menjatuh sakit. Ibu saya tidak mengizinkan saya pergi ke sekolah kerana demam saya terlalu panas.Guru bahasa Melayu saya kata bahawa jika kami tidak hadir ke peraduan itu,kami tidak akan mendapat pingat emas yang kami mungkin akan dapat.Semasa saya sudah sembuh,saya pergi ke sekolah dengan perasaan yang sedih.Saya terkejut apabila guru bahasa Melayu saya memberi saya pingat emas yang mereka telah menangi.Saya tidak sepatutnya menerima pingat emas itu kerana saya tidak datang dan menolong mereka mendapat pingat emas tersebut.Saya berasa sungguh bersalah.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti Berbahasa Melayu

Ada banyak aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu yang agak menarik.Contoh aktiviti-aktivitinya adalah seperti ayam dan musang,sahibba,berjalan di atas tempurung,peraduan menyanyi dan macam-macam permainan yang menarik lagi.Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu,kami akan suka bahasa melayu dan mungkin belajar bahasa Melayu dengan lebih bersungguh-sungguh supaya mendapat markah yang bagus.Jika kita tidak ada aktiviti berbahasa Melayu,mungkin tiada orang akan suka bahasa Melayu dan mungkin juga,mereka tidak akan bagus dalam bahasa Melayu.Jadi,kita harus mengadakan aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu.