Selasa, 15 Februari 2011

Minat Saya(2)

Minat saya yang kedua adalah untuk membaca buku lucu, sedih, misteri dan seram. Jika saya tidak dapat selesaikan pembacaan saya, saya akan membayangkan sisa cerita tersebut dengan sendiri kerana saya akan berasa tegang. Selalunya, saya tidak suka membuat karangan tetapi imaginasi saya adalah inspirasi dari buku-buku ini tetapi semua buku ini adalah buku bahasa Inggeris. Jika nsaya ada idea bagaimana mahu tulis, saya akan berasa ghairah untuk menulisnya. Membaca juga adalah sesuatu yang berfaedah seperti memperbaikikan bahasa seseorang, mendapat tahu tentang perkataan-perkataan yang bagus untuk karangan saya dan lain-lain lagi. Mungkin jika saya banyak membaca buku bahasa Melayu, saya akan cemerlang dalam bahasa ini. Jika membaca buku bahasa Inggeris dapat meningkatkan bahasa Inggeris saya, ada kemungkinan besar ini juga sama dalam bahasa Melayu tetapi di rumah saya, tiada buku cerita bahasa Melayu.

1 ulasan:

  1. Mengapa Dayana tidak suka membuat karangan? Karangan adalah satu cara untuk seseorang memulakan kerjaya sebagai seorang penulis. Mungkin Dayana belum ada konfiden untuk menulis tetapi cikgu hendak memberitahu Dayana bahawa Dayana boleh menulis dengan baik ya.

    BalasPadam