"Wah, kelihatan sungguh sedap rumah ini! Saya memang suka buku Hansel dan Gretel ini. Saya juga mahu keluar rumah macam mereka, tetapi bukan kerana dihalau ibu bapa," kata Mawar.
Aqil terdengarnya dan bersetuju bersamanya. Dia tidak mahu terkurung di dalam rumah ini lagi. Mereka tidak tahu pun apa yang tejadi di tempat lain. Dia mengajak Mawar keluar dan berjanji yang mereka akan pulang pada pukul 7 malam sebelum ibu bapa mereka pulang ke rumah. Mata Mawar bersinar-sinar. Dia terus bersiap sedia dan membawa roti supaya boleh pulang kembali tanpa hilang.
Dalam perjalanan mereka, Mawar akan mengoyakkan sedikit roti dan meletaknya ke bawah. Tiba-tiba, mereka terdengar sesuatu bunyi dan apabila mereka menoleh ke arah datang bunyi itu, seekor serigala yang liar melompat keluar dari dahan pokok dan jatuh ke tanah. Mawar terperanjat dan berasa sangat takut lalu memekik. Dia berlari ke belakang. Serigala itu mengejarnya dengan pantas. Kakinya tidak boleh berhenti menggeletar dan akhirnya tersembam. Aqil yang tidak dihiraukan oleh serigala itu tidak tahu samada dia harus menolong Mawar dan melibatkannya sendiri atau melarikan diri.
Alangkah terperanjatnya apabila dia melihat serigala itu melanggar Mawar dan tersandung. Ia tergolek dan apabila berhenti, ia berdiri kembali, mengelekkan kepalanya dan terus melarikan diri. Aqil bergegas ke adiknya dan melihatnya sedang menggigil sambil menangis. Aqil berasa kasihan untuknya dan menenangkannya. Dia juga meminta maaf kerana dia yang bersalah untuk membawanya keluar walaupun ibu bapa mereka sudah melarang mereka berdua keluar.
Mawar hanya membisu buat sementara dan mula bersuara. "Tidak apa. Saya yang mahu keluar juga. Mari kita menyambung perjalanan kita," Dia sudah bertenang dan senyumannya manis. Aqil hanya senyum dengan lemah.
Mereka bersambung berjalan sambil berbual-bual. Setelah beberapa minit berlalu, mereka terjumpa sebuah rumah yang berwarna-warni. Rumah itu serupa dengan rumah di dalam buku 'Hansel Dan Gretel'. Mawar terus berlari ke arah rumah itu dan menggosokkan jarinya kepada tembok rumah itu. Dia menjilat jarinya dan tiba-tiba, "Pthoo!" Aqil memecahkan sebahagian kecil rumah itu dan memakannya. Ia rasa seperti sayur!
Rupa-rupanya, rumah itu diperbuat sayur. Tanpa disedari mereka, pintu rumah sayuran itu membuka dengan perlahan. Wajah wanita yang tua keluar dari ruang pintu itu. Dia ternampak Aqil dan Mawar lalu mengajak mereka masuk. Mereka bimbang kerana mungkin wanita itu seorang jahat tetapi senyumannya kelihatan sungguh ikhlas dan manis macam madu. Akhirnya , mereka mengikut wanita itu masuk.
Wanita itu mengatakan bahawa dia jarang mempunyai tetamu jadi dia sering berasa keseorangan. Budak-budak itu mengasihaninya. Aqil, kerana ingin tahu, menanyanya mengapa di membuat rumah daripada makanan dan mengapa sayuran. Wanita tua itu tersenyum dan menjawab bahawa dia pernah membaca buku cerita 'Hansel Dan Gretel'. Dia juga suka buku cerita itu dan mahu mempunyai rumah seperti itu juga. Dia menggunakan sayuran kerana dia suka memakan sayur dan sayuran bagus untuknya.
Tiba-tiba, bunyi jam rumah itu membunyi menunjukkan pukul 7 malam. Mereka terus melambai tangan mereka kepada wanita tua itu dan berlari. Mawar tersedar yang dia telah terlupa untuk menyanbung meletakkan roti setelah kejadian serigala.
Apabila mereka sedang panik, mereka terdengar bunyi burung. Mungkin burung-burung itu sedang memakan roti yang dijatuhkan! Mereka megikut arah bunyi burung-burung itu dan akhirnya jumpa tempat itu. Burung-burung itu terus berterbang ke atas apabila ternampak mereka. Nasib mereka baik kerana masih terdapat jejakan roti itu. Mereka mengikut roti-roti itu dan akhirnya sampai ke rumah. Ibu bapanya masih belum balik. Mereka bernasib baik tetapi mereka tidak tahu jika mereka dapat menziarahi rumah wanita tua itu lagi. Sekurang-kurangnya, mereka telah mengetahui lebih tentang apa yang di luar rumah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan