Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baharu 2011



Saya berasa takut untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Saya rasa saya tidak cukup bersedia untuk peperiksaan tersebut. Saya telah menyingkatkan masa untuk menggunakan komputer supaya ada cukup masa untuk belajar dan juga membuat kerja rumah. Kadang-kala, saya menelefon kawan saya jika tidak faham sebarang soalan. Kawan-kawan saya juga begitu. Saya harap apabila peperiksaan, saya tidak akan panik sehingga melupakan bagaimana mahu menjawab soalan-soalan tersebut. Saya akan rehat pada hari sebelum peperiksaan tersebut supaya tidak panik atau bingung. Saya akan mencuba dengan sedaya-upaya saya supaya ibu bapa dan guru-guru saya tidak akan kecewa dengan saya dan malu untuk memberitahu orang lain tentang markah saya. Saya tidak akan membuang usaha guru-guru saya untuk membantu saya. Saya harus berasa yakin dengan diri saya. Semoga saya dan juga rakan-rakan saya mendapatkan markah yang tinggi untuk peperiksaan tersebut.

1 ulasan:

  1. Cikgu yakin Dayana akan mencapai agregat yang baik. Cikgu akan sentiasa doakan anak murid cikgu agar mereka lulus dengan cemerlang.

    BalasPadam