Selasa, 5 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Suzanna adalah seorang budak perempuan yang tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lalu. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Mak cik dan pak ciknya sedang menjaganya. Suzanna seorang yang agak pendiam tetapi dia mempunyai beberapa kawan baik dari sekolah. Suzanna tidak banyak menonton televisyen atau membaca surat khabar. Dia menggunakan komputer hanya untuk bermain. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya. Apabila rakan-rakannya berbual tentang berita-berita dalam suratkhabar dan televisyen, Suzanna tidak akan menghiraukannya.


Hari-hari yang dilalui oleh Suzanna berjalan seperti biasa - bangun pagi, pergi sekolah, belajar, berbual-bual bersama kawan, balik, mandi, makan, membuat kerja rumah, belajar, tidur. Ini telah dihancurkan apabila Suzanna terjumpa seorang wanita yang lebih kurang 20 tahun.



Kejadian itu bermula apabila Suzanna hendak membeli baju baharu kerana banyak bajunya sudah terlalu kecil untuknya. Dia melihat-lihat baju-baju yang berada di dalam kedai itu dan ternampak sehelai baju yang dia suka. Baju itu sangat selesa dan lembut. Saiznya juga tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Baju itu biru seperti langit, iaitu warna kegemarannya.


Suzanna melihat harga baju itu. Baju itu berharga $24.95. Suzanna ingat bahawa dia telah mengumpul wangnya dalam beberapa minggu yang lepas. Dia mengeluarkan dompetnya dari saku seluarnya dan mengeluarkan wang yang berada di dalam. Alangkah terperanjatnya apabila dia hanya mempunyai $3.20. Dia terus teringat bahawa dua hari yang lalu, dia telah memberi hampir semua duitnya kepada mak ciknya untuk disimpan ke dalam bank. Fikirannya terganggu dan dia tidak tahu apa yang dia harus melakukan. Jika dia membeli bajunya pada hari itu, dia tidak akan mempunyai masa untuk membeli lagi kerana sekarang, dia semakin banyak kelas tambahan dan harus belajar lebih untuk PSLEnya.



Nasibnya 'baik' kerana seorang wanita yang berkaca mata hitam dan berambut pendek ternampaknya menggigit kukunya dan ketawa kecil. Wanita tersebut pun menuju ke arahnya dan menanya jika dia memerlukan pertolongan dengan wang. Suzanna, dalam keadaan panik dan tidak berfikir dengan betul, terus memberitahunya masalahnya dalam satu nafas. Wanita itu memberinya $25 untuk membayar.


"Saya tidak boleh menerima wang itu. Saya tidak kenal kamu pun!" Suzanna bersuara apabila dia sudah bertenang. Tiba-tiba, dia tersandung kaki sendiri. Baju yang dipegangnya itu jatuh ke atasnya. Dia kelihatan seperti sedang memakai baju itu.



"Baju itu memang sesuai untuk kamu, seperti ia dibuat untuk kamu. Sia-sia jika kamu tidak membelinya." Senyumannya manis dan kelihatan ikhlas. Dia terus mengambil baju itu darinya dan membayar di kaunter. "Esok kamu boleh jumpa saya di luar kedai ini dan membayar saya kembali dan saya akan memberi kamu baju ini. Boleh?" Saya masih kehairanan. Perbuatan wanita itu sangat mencurigakan. Mengapa dia sanggup membayar untuk saya?


Pada keesokan hari, mak cik Suzanna memberinya kembali wang yang sepatutnya disimpan ke dalam bank. Nasib baik duit itu belum dimasukkan ke dalam bank. Suzanna bergegas ke tempat perjanjian itu dan melihatnya sedang menunggu. Dia memberi wanita itu wang sebanyak $24.95 dan wanita itu pula memberinya sebuah beg. Dia berkata bahawa Suzanna boleh membawa pulang beg itu. Wanita itu melihat jam tangannya dan berkata bahawa dia sudah lambat untuk temu janjinya. Suzanna mengucapkannya terima kasih dan berjalan pulang. Di rumah, dia membuka beg itu dan hanya ternampak beberapa helai kain buruk. Baju baharunya tidak ada di dalam langsung. Dia memberitahu mak cik dan pak ciknya tentang kejadian itu dengan cakapan pantas sehingga dia terpaksa berulang sekali lagi. Mak cik dan pak ciknya memberitahunya tentang berita semalam tentang wanita itu. Mereka menegurnya supaya sering membaca akhbar untuk meningkatkan ilmunya. Suzanna hanya boleh menganggukkan kepalanya.


Apabila dia memberitahu rakan-rakannya di sekolah tentang kejadian itu, mereka selalu memberitahunya tentang berita yang telah merka baca dan Suzanna akan mendengar dengan teliti supaya tidak kehilangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan