Khamis, 29 Julai 2010

Bahasa Melayu Lanjutan

Bahasa Melayu Lanjutan ini boleh membantu kita lebih meningkatkan bahasa Melayu kita supaya bahasa Melayu kita dapat semakin bagus.Bahasa Melayu Lanjutan ini hanya untuk murid-murid yang mendapat markah tinggi apabila dalam darjah empat.Bahasa Melayu Lanjutan ini akan bermula apabila kita sudah darjah lima.Beberapa markah murid telah menurun kerana Bahasa Melayu Lanjutan ini lebih susah daripada bahasa Melayu biasa supaya murid-murid yang telah mendapat markah yang tinggi untukdarjah empat lebih maju dan lebih bijak daripada murid-murid lain tetapi murid-murid Bahasa Melayu Lanjutan tidak patut berlagak kerana jika kita berlagak dan menjadi terlalu percaya diri,bahasa Melayu kita boleh menjadi semakin teruk.Kita tidak boleh berlagak walaupun bahasa Melayu kita lebih bagus daripada orang lain kerana ada lebih ramai orang yang lebih maju dalam bahasa Melayu di dalam dunia ini.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah sungguh bermakna.Kita dapat pelajari banyak perkara-perkara seperti peribahasa,kata ganda dan banyak lagi.Kita juga boleh belajar dari kesalahan kita dan memperbaikinya.Ini boleh membuat bahasa Melayu kita lebih baik.

Aktiviti "Bawa & Berborak"

Aktiviti "Bawa & Berborak" boleh membantu karangan kita dan meningkatkan bahasa melayu kita dengan memperbaiki penulisan kita.Kita harus membawa sesuatu benda dan menceritakan tentangnya kepada murid-murid yang lain.Aktiviti ini diadakan supaya pembaca karangan kita boleh membayangkan perkara atau benda yang telah kita menerangkan.Ini bermaksud keterangan perkara atau benda itu jelas.

Perkhemahan Bahasa

Aktiviti-aktiviti Perkhemahan Bahasa dapat membantu kita untuk mengenali
permainan-permainan tradisonal dan juga menolong kita pelajari kosa kata baharu.Contoh-contoh permainan-permainan tradisional tersebut adalah tarik guli,pusing-pusing tepung,permainan 'zero point',sidang membuat wau,permainan capteh dan permainan tayar basikal.Ia adalah penting untuk mengetahui permainan-permainan tradisional kerana ia berkaitan dengan peningkatan bahasa Melayu kita.

Bengkel Penulisan Kreatif

Saya telah pelajari bahawa kita harus menggunakan kelima-lima deria untuk membuat sebuah karangan yang bagus.Selain itu,saya juga telah pelajari apa kelima-lima deria tersebut dan perkataan-perkataan yang boleh digunakan.Banyak yang telah saya pelajari di Bengkel Penulisan Kreatif yang dapat meningkatkan bahasa Melayu saya.

Pertandingan Blogging

Kita boleh mempertingkatkan bahasa Melayu kita dalam Pertandingan Blogging ini dengan memikir dan menulis dalam bahasa Melayu supaya orang yang membacanya akan faham .Dengan membuat ini,kami akan membiasakan diri dalam bahasa Melayu dan dapat berbual-bual dalam bahasa Melayu dengan lebih fasih dan lancar dan ini boleh mempertingkatkan bahasa Melayu kita.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam boleh meningkat bahasa Melayu kita dengan percakapan dan sebutan orang-orang di Brunei Darussalam.Brunei Darussalam adalah negara bahasa melayu.Jadi kami boleh meningkatkan bahasa Melayu kita dengan mendengar perbualan mereka supaya boleh belajar bahasa Melayu dengan lebih lancar.Di situ,kami juga pelajari tingkah laku orang-orang di Brunei Darussalam.Bahasa Melayu di Singapura lebih senang kerana kami tidak ada bahasa daerah.Tidak banyak orang di Singapura tahu berbual dalam bahasa Jawa.Kebanyakan orang-orang di Brunei Darussalam dapat berbual dalam bahasa Arab tetapi tidak banyak orang di Singapura boleh.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Pelajaran yang telah saya pelajari tentang Hari Keharmonian Kaum adalah bahawa orang cina menyambut tiga perayaan iaitu peraian Tahun Baru Lunar,Festival Perahu Naga dan Festival Pertengahan Musim Gugur.Mereka menerima paket merah yang mengandungi duit apabila menyambut Tahun Baru Lunar.Orang India yang beragama Hindu pula menyambut Deepavali. Mereka tidak boleh makan danging lembu.Beberapa orang India beragama muslim,kristian dan banyak lagi.Orang Kristian pula menyambut perayaan Krismas dan Festival Telur Easter.Mereka mendapat hadiah krismas pada hari Krismas di bawah pokok Krismas dan telur easter pada Festival Easter.Hari Keharmonian Kaum adalah sempena menunjukkan kedamaian di antara satu kaum terhadap kaum yang lain.Ia adalah jalinan kemesraan dan saling hormat-menghormati tidak kira kaum atau bangsa.

Ahad, 18 Julai 2010

Aktiviti piramida

Saya melihat bagaimana kawan-kawan saya yang dipilih untuk memasuki peraduan piramida.Aktiviti itu kelihatan seronok.Ada perkataan yang senang tetapi orang lain tidak tahu dan membazirkan markah mereka.Saya berasa gembira kerana kelas saya telah mendapat pertama dalam aktiviti tersebut tetapi aktiviti ini bukan untuk memenangnya.Ia adalah untuk belajar bagaimana hendak menyatakan tentang perkataan itu tanpa menyatakan perkataan itu.
Ia juga hanya untuk berseronok sahaja.

Ahad, 11 Julai 2010

Peraduan Menyanyi

Saya pernah dipilih untuk memasuki peraduan menyanyi. Saya berasa sangat gembira tetapi segan kerana telah dipilih.Saya tidak sabar untuk hari peraduan itu sampai.Tetapi apabila hari yang sudah lama saya menunggu datang,saya menjatuh sakit. Ibu saya tidak mengizinkan saya pergi ke sekolah kerana demam saya terlalu panas.Guru bahasa Melayu saya kata bahawa jika kami tidak hadir ke peraduan itu,kami tidak akan mendapat pingat emas yang kami mungkin akan dapat.Semasa saya sudah sembuh,saya pergi ke sekolah dengan perasaan yang sedih.Saya terkejut apabila guru bahasa Melayu saya memberi saya pingat emas yang mereka telah menangi.Saya tidak sepatutnya menerima pingat emas itu kerana saya tidak datang dan menolong mereka mendapat pingat emas tersebut.Saya berasa sungguh bersalah.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti Berbahasa Melayu

Ada banyak aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu yang agak menarik.Contoh aktiviti-aktivitinya adalah seperti ayam dan musang,sahibba,berjalan di atas tempurung,peraduan menyanyi dan macam-macam permainan yang menarik lagi.Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu,kami akan suka bahasa melayu dan mungkin belajar bahasa Melayu dengan lebih bersungguh-sungguh supaya mendapat markah yang bagus.Jika kita tidak ada aktiviti berbahasa Melayu,mungkin tiada orang akan suka bahasa Melayu dan mungkin juga,mereka tidak akan bagus dalam bahasa Melayu.Jadi,kita harus mengadakan aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu.