Selasa, 19 Julai 2011

Faedah-faedah Blogging



Blogging dapat memberitahu orang lain tentang apa yang saya sedang memikirkan. Saya juga dapat mengurangkan kegunaan dakwat(pena), pensel dan pemadam. Saya juga boleh meletakkan gambar ke dalam blog saya supaya lebih senang untuk difahami.


Tangan saya pula tidak akan berasa penat kerana menulis terlalu banyak atau lama. Saya tidak usah membuang masa memadamkan apa yang ditulis jika saya salah menulis.


Orang yang meninggal di negara lain juga boleh membaca apa yang ditulis saya. Saya berasa lapang dada jika saya menulis tentang masalah saya. Jikalau saya tidak boleh memberitahu keluarga atau rakan-rakan saya, saya masih boleh menulis di dalam sini. Mungkin jika saya tidak berasa selesa mendepan dan memberitahu mereka, saya boleh menyuruh mereka untuk membaca blog saya. Ini mungkin lebih senang bagi merka untuk memahami saya kerana jika saya memberitahu mereka sambil mendepan mereka, mungkin saya akan banyak tersasul.


Untuk saya, inilah faedah blogging. Saya tahu ramai orang berpendapat kelainan kerana mereka mempunyai sebad tersendiri. Saya sangat suka blogging ini! :->

Rabu, 6 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung (Hansel Dan Gretel)

"Wah, kelihatan sungguh sedap rumah ini! Saya memang suka buku Hansel dan Gretel ini. Saya juga mahu keluar rumah macam mereka, tetapi bukan kerana dihalau ibu bapa," kata Mawar.



Aqil terdengarnya dan bersetuju bersamanya. Dia tidak mahu terkurung di dalam rumah ini lagi. Mereka tidak tahu pun apa yang tejadi di tempat lain. Dia mengajak Mawar keluar dan berjanji yang mereka akan pulang pada pukul 7 malam sebelum ibu bapa mereka pulang ke rumah. Mata Mawar bersinar-sinar. Dia terus bersiap sedia dan membawa roti supaya boleh pulang kembali tanpa hilang.



Dalam perjalanan mereka, Mawar akan mengoyakkan sedikit roti dan meletaknya ke bawah. Tiba-tiba, mereka terdengar sesuatu bunyi dan apabila mereka menoleh ke arah datang bunyi itu, seekor serigala yang liar melompat keluar dari dahan pokok dan jatuh ke tanah. Mawar terperanjat dan berasa sangat takut lalu memekik. Dia berlari ke belakang. Serigala itu mengejarnya dengan pantas. Kakinya tidak boleh berhenti menggeletar dan akhirnya tersembam. Aqil yang tidak dihiraukan oleh serigala itu tidak tahu samada dia harus menolong Mawar dan melibatkannya sendiri atau melarikan diri.



Alangkah terperanjatnya apabila dia melihat serigala itu melanggar Mawar dan tersandung. Ia tergolek dan apabila berhenti, ia berdiri kembali, mengelekkan kepalanya dan terus melarikan diri. Aqil bergegas ke adiknya dan melihatnya sedang menggigil sambil menangis. Aqil berasa kasihan untuknya dan menenangkannya. Dia juga meminta maaf kerana dia yang bersalah untuk membawanya keluar walaupun ibu bapa mereka sudah melarang mereka berdua keluar.



Mawar hanya membisu buat sementara dan mula bersuara. "Tidak apa. Saya yang mahu keluar juga. Mari kita menyambung perjalanan kita," Dia sudah bertenang dan senyumannya manis. Aqil hanya senyum dengan lemah.


Mereka bersambung berjalan sambil berbual-bual. Setelah beberapa minit berlalu, mereka terjumpa sebuah rumah yang berwarna-warni. Rumah itu serupa dengan rumah di dalam buku 'Hansel Dan Gretel'. Mawar terus berlari ke arah rumah itu dan menggosokkan jarinya kepada tembok rumah itu. Dia menjilat jarinya dan tiba-tiba, "Pthoo!" Aqil memecahkan sebahagian kecil rumah itu dan memakannya. Ia rasa seperti sayur!


Rupa-rupanya, rumah itu diperbuat sayur. Tanpa disedari mereka, pintu rumah sayuran itu membuka dengan perlahan. Wajah wanita yang tua keluar dari ruang pintu itu. Dia ternampak Aqil dan Mawar lalu mengajak mereka masuk. Mereka bimbang kerana mungkin wanita itu seorang jahat tetapi senyumannya kelihatan sungguh ikhlas dan manis macam madu. Akhirnya , mereka mengikut wanita itu masuk.


Wanita itu mengatakan bahawa dia jarang mempunyai tetamu jadi dia sering berasa keseorangan. Budak-budak itu mengasihaninya. Aqil, kerana ingin tahu, menanyanya mengapa di membuat rumah daripada makanan dan mengapa sayuran. Wanita tua itu tersenyum dan menjawab bahawa dia pernah membaca buku cerita 'Hansel Dan Gretel'. Dia juga suka buku cerita itu dan mahu mempunyai rumah seperti itu juga. Dia menggunakan sayuran kerana dia suka memakan sayur dan sayuran bagus untuknya.


Tiba-tiba, bunyi jam rumah itu membunyi menunjukkan pukul 7 malam. Mereka terus melambai tangan mereka kepada wanita tua itu dan berlari. Mawar tersedar yang dia telah terlupa untuk menyanbung meletakkan roti setelah kejadian serigala.


Apabila mereka sedang panik, mereka terdengar bunyi burung. Mungkin burung-burung itu sedang memakan roti yang dijatuhkan! Mereka megikut arah bunyi burung-burung itu dan akhirnya jumpa tempat itu. Burung-burung itu terus berterbang ke atas apabila ternampak mereka. Nasib mereka baik kerana masih terdapat jejakan roti itu. Mereka mengikut roti-roti itu dan akhirnya sampai ke rumah. Ibu bapanya masih belum balik. Mereka bernasib baik tetapi mereka tidak tahu jika mereka dapat menziarahi rumah wanita tua itu lagi. Sekurang-kurangnya, mereka telah mengetahui lebih tentang apa yang di luar rumah mereka.

Selasa, 5 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Suzanna adalah seorang budak perempuan yang tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lalu. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Mak cik dan pak ciknya sedang menjaganya. Suzanna seorang yang agak pendiam tetapi dia mempunyai beberapa kawan baik dari sekolah. Suzanna tidak banyak menonton televisyen atau membaca surat khabar. Dia menggunakan komputer hanya untuk bermain. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya. Apabila rakan-rakannya berbual tentang berita-berita dalam suratkhabar dan televisyen, Suzanna tidak akan menghiraukannya.


Hari-hari yang dilalui oleh Suzanna berjalan seperti biasa - bangun pagi, pergi sekolah, belajar, berbual-bual bersama kawan, balik, mandi, makan, membuat kerja rumah, belajar, tidur. Ini telah dihancurkan apabila Suzanna terjumpa seorang wanita yang lebih kurang 20 tahun.



Kejadian itu bermula apabila Suzanna hendak membeli baju baharu kerana banyak bajunya sudah terlalu kecil untuknya. Dia melihat-lihat baju-baju yang berada di dalam kedai itu dan ternampak sehelai baju yang dia suka. Baju itu sangat selesa dan lembut. Saiznya juga tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Baju itu biru seperti langit, iaitu warna kegemarannya.


Suzanna melihat harga baju itu. Baju itu berharga $24.95. Suzanna ingat bahawa dia telah mengumpul wangnya dalam beberapa minggu yang lepas. Dia mengeluarkan dompetnya dari saku seluarnya dan mengeluarkan wang yang berada di dalam. Alangkah terperanjatnya apabila dia hanya mempunyai $3.20. Dia terus teringat bahawa dua hari yang lalu, dia telah memberi hampir semua duitnya kepada mak ciknya untuk disimpan ke dalam bank. Fikirannya terganggu dan dia tidak tahu apa yang dia harus melakukan. Jika dia membeli bajunya pada hari itu, dia tidak akan mempunyai masa untuk membeli lagi kerana sekarang, dia semakin banyak kelas tambahan dan harus belajar lebih untuk PSLEnya.



Nasibnya 'baik' kerana seorang wanita yang berkaca mata hitam dan berambut pendek ternampaknya menggigit kukunya dan ketawa kecil. Wanita tersebut pun menuju ke arahnya dan menanya jika dia memerlukan pertolongan dengan wang. Suzanna, dalam keadaan panik dan tidak berfikir dengan betul, terus memberitahunya masalahnya dalam satu nafas. Wanita itu memberinya $25 untuk membayar.


"Saya tidak boleh menerima wang itu. Saya tidak kenal kamu pun!" Suzanna bersuara apabila dia sudah bertenang. Tiba-tiba, dia tersandung kaki sendiri. Baju yang dipegangnya itu jatuh ke atasnya. Dia kelihatan seperti sedang memakai baju itu.



"Baju itu memang sesuai untuk kamu, seperti ia dibuat untuk kamu. Sia-sia jika kamu tidak membelinya." Senyumannya manis dan kelihatan ikhlas. Dia terus mengambil baju itu darinya dan membayar di kaunter. "Esok kamu boleh jumpa saya di luar kedai ini dan membayar saya kembali dan saya akan memberi kamu baju ini. Boleh?" Saya masih kehairanan. Perbuatan wanita itu sangat mencurigakan. Mengapa dia sanggup membayar untuk saya?


Pada keesokan hari, mak cik Suzanna memberinya kembali wang yang sepatutnya disimpan ke dalam bank. Nasib baik duit itu belum dimasukkan ke dalam bank. Suzanna bergegas ke tempat perjanjian itu dan melihatnya sedang menunggu. Dia memberi wanita itu wang sebanyak $24.95 dan wanita itu pula memberinya sebuah beg. Dia berkata bahawa Suzanna boleh membawa pulang beg itu. Wanita itu melihat jam tangannya dan berkata bahawa dia sudah lambat untuk temu janjinya. Suzanna mengucapkannya terima kasih dan berjalan pulang. Di rumah, dia membuka beg itu dan hanya ternampak beberapa helai kain buruk. Baju baharunya tidak ada di dalam langsung. Dia memberitahu mak cik dan pak ciknya tentang kejadian itu dengan cakapan pantas sehingga dia terpaksa berulang sekali lagi. Mak cik dan pak ciknya memberitahunya tentang berita semalam tentang wanita itu. Mereka menegurnya supaya sering membaca akhbar untuk meningkatkan ilmunya. Suzanna hanya boleh menganggukkan kepalanya.


Apabila dia memberitahu rakan-rakannya di sekolah tentang kejadian itu, mereka selalu memberitahunya tentang berita yang telah merka baca dan Suzanna akan mendengar dengan teliti supaya tidak kehilangan.