Sabtu, 12 Februari 2011

Tahun Baru Cina

Saya meraikan Tahun Baru Cina dengan keluarga saya. Kami menziarahi kakak dan abang mertua cina saya dan keluarganya. Perjalanan kami ke rumahnya mengambil banyak masa walaupun kami menaiki teksi. Kakak dan abang mertua saya menunggu untuk kami di bawah blok mereka dan membawa kami ke atas. Kami sudah menyiapkan dua buah limau kerana menurut tradisi Cina, kami harus bertukaran limau untuk berkongsi kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk keluarga dan rakan-rakan. Saya mengagumi mereka kerana mereka tinggal di tingkat yang paling atas sekali. Pemandangan dari tingkap di rumah mereka sungguh menakjubkan. Di situ, kami menonton televisyen sambil berbual-bual dan minum air. Mereka telah menempah makanan KFC untuk kami pada hari itu. Kami memakan bersama-sama sambil bercanda dan ketawa. Sebelum kami pulang, mereka memberi saya, adik saya, kakak saya dan abang saya paket merah. Kami menerimanya dengan mengucapkan terima kasih. Inilah kali pertama saya meraikan Tahun Baru Cina kerana selalunya keluarga saya sibuk dengan kerja mereka.

1 ulasan:

  1. Dayana ada kakak dan abang mertua atau kakak dan abang ipar? Yang mana ya? Namun, baik juga Dayana dapat meraikan tradisi kaum lain. Mudah-mudahan pengalaman ini amat berguna untuk Dayana.

    BalasPadam