Nama saya Dayana. Umur saya masih sebelas tahun. Tarikh hari jadi saya adalah pada 2 Sepetember 1999. Saya ada lima adik-beradik iaitu dua orang abang, dua orang kakak dan seorang adik. Saya suka bermain bersama sepupu dan rakan-rakan saya. Saya juga suka berbual-bual bersama rakan-rakan saya di telefon. Saya tidak pandai melukis.
Pada tahun ini, saya akan mengambil peperiksaan PSLE dan saya berasa amat takut. Saya berasa bahawa saya harus bekerja lebih keras pada tahun ini. Agregat yang saya ingin capai buntuk peperiksaan PSLE untuk semua subjek adalah:
Bahasa Inggeris: A
Subjek Matematiks: A
Bahasa Melayu: A
Subjek Sains: B
Bahasa Melayu Lanjutan: Merit
Saya hendak mendapat lebih markah untuk Karangan-karangan saya. Saya mahu mendapat lebih markah dari kakak saya.Saya akan bekerja keras dan dengar kata-kata guru-guru saya untuk mencapai agregat saya. Saya mahu pergi ke sekolah yang bagus.
Cikgu amat gembira melihat Dayana ada azam untuk mendapat gred yang baik untuk peperiksaan akhir tahun ini. Kalau boleh Dayana perlu dapat gred A juga untuk subjek Sains. Tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai tanpa azam dan ketekunan belajar ya.
BalasPadam