Saya akan berasa takut untuk keluar dari rumah saya sewaktu saya mengalami kejadian hujan air batu kerana jika saya keluar dari rumah saya, kemungkinan besar sebuah batu yang besar seperti bola golf akan terkena saya dan saya akan cedera. Lebih-lebih lagi kepala saya. Saya juga akan berasa murung kerana saya tidak boleh bermain di luar. Saya harap hujan air batu seperti ini tidak akan terjadi lagi.
Cikgu rasa semua orang tidak akan keluar rumah sekiranya berlaku hujan air batu. Cikgu sendiri tidak mahu mengambil risikonya. Namun, apa yang Cikgu boleh lakukan supaya tidak berasa bosan duduk di rumah adalah membaca buku atau melungsuri internet untuk mengisi masa lapang Cikgu. Dayana bagaimana pula?
BalasPadam