Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah seperti mutiara
yang membasahi bumi bergemarlapan
benarkan, hujan?
Ada yang berkata
engkau turun seperti air mata
membawa kesengsaraan dalam kehidupan
kenapa begitu, hujan?
Aku ingin memberitahu betapa pentingnya engkau kepada manusia
apatah daya aku insan yang tiada kuasa
aku hanya peminatmu yang setia
engkaulah yang menghibur hatiku tatkala deraian air jatuh ke bumi
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Saya akan berasa takut untuk keluar dari rumah saya sewaktu saya mengalami kejadian hujan air batu kerana jika saya keluar dari rumah saya, kemungkinan besar sebuah batu yang besar seperti bola golf akan terkena saya dan saya akan cedera. Lebih-lebih lagi kepala saya. Saya juga akan berasa murung kerana saya tidak boleh bermain di luar. Saya harap hujan air batu seperti ini tidak akan terjadi lagi.